Makanan...Wah
sedapnya.. pelbagai jenis makanan yang terbayang-bayang dalam pemikiran
saya.Tetapi berapa ramaikah yang mengamalkan makanan seimbang? Apa itu makanan
seimbang? Makanan
seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan.
Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan.Pemakanan yang seimbang menjadikan perkembangan mental
seseorang itu tidak terganggu.Selain itu, kekurangan zat makanan yang tertentu
boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih
apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan
seseorang itu. Oleh itu kita perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan
seimbang kerana “ badan sihat,otak cerdas “.
No comments:
Post a Comment