Friday, 16 October 2015
Beban >>
Beban membawa pelbagai
maksud iaitu tanggungan, tanggungjawab, kewajiban dan banyak lagi. Oleh
yang demikian, saya ingin menceritakan serba sedikit tentang beban yang
ditanggung oleh seorang ibu. Dalam sesebuah keluarga semua orang menanggung
beban tetapi ibulah yang menanggung beban yang paling banyak. Hal ini demikian
kerana dialah seorang isteri kepada suaminya serta dialah merupakan seorang ibu
dan guru kepada anak-anaknya. Ibulah yang menyediakan makan minum keluarganya.
Ibu juga mencurahkan kasih sayang yang tiada batas terhadap suami dan
anak-anaknya. Dia juga merupakan seorang guru tanpa sijil yang membesarkan
anak-anaknya menjadi orang yang berguna. Maka, tanpa seorang ibu tidak wujudnya
sebuah keluarga yang harmoni. Hargailah ibu semasa dia masih ada bersama kita.
Labels:
TEMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment